
BERMULA 1 Julai, kesemua kenderaan dari Singapura wajib mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) untuk memasuki Malaysia.
Kegagalan untuk mempunyai atau mengaktifkan VEP itu akan membuatkan mereka disaman oleh pihak berkuasa Malaysia.
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, saman bernilai RM300 akan dikenakan kepada pesalah dengan mereka tidak boleh meninggalkan negara ini selagi tidak menyelesaikannya.
BACA LAGI: Had laju 30km/j di zon sekolah digazetkan dalam masa terdekat — Anthony Loke
BACA LAGI: Lesen syarikat bas ekspres akan dibatalkan jika naikkan tambang — Anthony Loke
Kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia tanpa VEP perlu menjelaskan saman sebelum kembali ke negara asal.
Pelaksanaan VEP itu sudah dilakukan sejak Oktober 2024 namun tiada saman dikeluarkan kepada mana-mana kenderaan.
"Kami memulakan skim ini dengan pendekatan lembut melalui advokasi pada bulan Oktober tahun lalu. Tiada saman dikeluarkan pada ketika itu.
"Namun bermula 1 Julai, saman akan dikeluarkan jika tiada VEP yang sah," kata Loke kepada media pada Rabu.
Loke berkata yang penguasaan tersebut sejajar dengan Seksyen 66H(7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang menjadikan ia kesalahan bagi kenderaan berpendaftaran asing memasuki atau berada di Malaysia tanpa permit sah.
Bagi kenderaan yang tanpa VEP sah, saman mesti dibayar ketika mendaftar untuk mendapatkan VEP sebelum keluar daripada Malaysia.
Untuk kenderaan yang sudah dipra-daftarkan dengan VEP, sama mesti dibayar sebelum keluar daripada Malaysia. Kenderaan syarikat persendirian dengan VEP yang sudah dipra-daftarkan akan menerima notis dan dibenarkan untuk meninggalkan negara ini.
"Saman akan dikeluarkan secara fizikal dan mesti dibayar melalui kaedah tanpa tunai di kaunter Jabatan Pengangkutan Jalan, kaunter bergerak, atau melalui MyEG.
"Jika mereka datang tanpa VEP, kita dapat kesan menerusi sistem kami. Mereka akan disaman dan mesti mendaftar VEP sebelum meninggalkan Malaysia.
"Ia akan dilakukan menerusi operasi, bukannya oleh pegawai secara individu di pelbagai lokasi dari masa ke masa. Jangan risau, kami tahu siapa mereka, sistem akan menangkap kenderaan yang tiada VEP," jelas Loke. — The Star/GERARD GIMINO
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram