
SEORANG remaja lelaki yang dilapor sesat ketika keluar mencari lembu di kawasan hutan Kampung Permatang Pasir dekat Alai, Melaka sejak Rabu ditemukan selamat selepas lebih 32 jam kehilangannya.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, mangsa, Muhamad Aidil Asyraf Fadli, 15, ditemukan selamat pada 2.08 pagi Jumaat.
Menurutnya, mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) pembelajaran dijumpai dalam keadaan terbaring di kawasan semak di belakang rumah penduduk iaitu 600 meter dari Pos Kawalan Bomba (PKB).
BACA LAGI: [VIDEO] Lelaki miliki 23 rekod jenayah, 2 wanita ditahan polis lepas aksi kejar mengejar di Kajang
"Ketika dijumpai mangsa dalam keadaan lemah serta tidak mampu bergerak dan diberi rawatan awal oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi.
"Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
SEORANG remaja lelaki yang dilapor sesat ketika keluar mencari lembu di kawasan hutan Kampung Permatang Pasir dekat Alai, Melaka sejak Rabu ditemukan selamat selepas lebih 32 jam kehilangannya. pic.twitter.com/2CXonuHl8X
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) June 6, 2025
Sementara itu, seorang pengguna TikTok KANDA ZAKIYY memuat naik satu video memaparkan keadaan mangsa ditemui dalam keadaan lemah dan menangis teresak-esak.
"Alhamdulillah Aidil dah Jumpa dalam keadaan selamat," tulisnya ringkas.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen seorang pengguna TikTok, Syafiq Hakim mendakwa kehilangan mangsa dikaitkan dengan alam mistik.
"Sudah beberapa kali penduduk kampung mencari dan lalu di kawasan tersebut namun tidak nampak kelibat mangsa, seperti disorok sesuatu.
"Puas cari di kawasan sama pada mulanya tapi tak nampak langsung kelibat Aidil, siap ada yang buat live di media sosial lagi," katanya.
Terdahulu, media melaporkan Timbalan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas memaklumkan Muhamad Aidil kini dirawat di Jabatan Kecemasan Hospital Melaka dan berada dalam keadaan stabil. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram