
TULAR satu kemalangan ngeri di Kilometer (KM) 49.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) sebelum susur keluar Alor Setar (Selatan) memaparkan beberapa pengguna jalan raya bergelimpangan.
Berdasarkan beberapa rakaman di media sosial, kelihatan kira-kira tiga mayat bertaburan di atas lebuh raya tersebut dengan kesemua dari mereka difahamkan melanggar Proton Exora berwarna merah yang berhenti di bahu jalan.
Menurut perkongsian pengguna Facebook, Rabiatul Adawiyah, kemalangan berpunca apabila dua buah motosikal ditunggang mangsa melanggar kereta yang diletakkan di tepi jalan itu, namun tidak dipastikan sama ada lampu kecemasan dipasang atau tidak.
BACA LAGI: [VIDEO] Mayat lelaki tanpa pakaian ditemukan terapung dalam sungai di Alor Setar
BACA LAGI: Dua remaja lepasan SPM maut, 3 parah nahas Myvi hilang kawalan di Alor Setar
Info awal dikongsikan di INFO-INFO SEMASA,Kemalangan,Bencana,Jenayah di Pahang & Luar Pahang V.2 menyatakan tiga daripada penunggang sudah meninggal dunia sementara seorang daripada mereka sedang menerima rawatan.
"Info awal kemalangan maut melibatkan penunggang motosikal dan kereta di KM49.4 PLUS dari Alor Setar (U) sebelum susur keluar Alor Setar (S). Tiga dilaporkan maut di lokasi dan seorang parah. Info akan dikemas kini.
"Mangsa-mangsa yang terlibat ialah pelajar dari Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Jitra dengan semua daripadanya berada di Semester Kedua Jurusan Kimpalan. Trafik sejauh lima km hingga ke lokasi kemalangan," tulis Adam Wong Jr.
Setakat ini, pihak Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) atau polis masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung insiden tersebut dengan setiap maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram