Polis Kelantan kenal pasti 41 'hotspot' nahas, jangka 2 juta kenderaan tiba sempena Aidiladha


  • Kes
  • Selasa, 03 Jun 2025

Polis Kelantan sedia menyambut kepulangan dua juta perantau ke negeri itu.

BERSEMPENA sambutan Hari Raya Aidiladha, Polis Kelantan menjangkakan sekitar dua juta kenderaan akan memasuki negeri tersebut.

Oleh itu, pihak polis akan melakukan persediaan rapi termasuklah mengenal pasti 41 lokasi panas berlakunya kemalangan di negeri tersebut.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, perkara itu sudah boleh dijangka kerana ramai warga negeri itu yang merantau pulang semula ke kampung halaman untuk mengerjakan ibadat korban.

BACA LAGI: Jemaah haji dari Terengganu diselamatkan selepas alami serangan jantung di Tanah Suci

BACA LAGI: Madu direman, ugut sebar gambar bogel guru di Melaka

Datuk Mohd Yusoff Mamat

Mohd Yusoff turut berkata keadaan trafik pada sambutan Aidiladha akan menjadi lebih tinggi berbanding semasa Hari Raya Aidilfitri.

"Pihak polis akan menfokuskan kepada kawalan trafik di kawasan-kawasan panas seperti jalan utama, kawasan sempadan dan pusat bandar untuk memastikan pergerakan trafik yang lancar sepanjang musim perayaan," katanya.

Antara jalan yang merekodkan kadar kemalangan yang tinggi adalah Jalan Pasir Mas-Rantau Panjang, Jalan Kota Bharu-Kuala Krai dan Jalan Gua Musang-Jeli. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram