Nahas FRU: Enam anggota dirawat termasuk 4 di ICU makin pulih, seorang dibenar discaj


  • Primer
  • Sabtu, 17 Mei 2025

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah yang berkenan melawat ahli keluarga anggota FRU di HTI. — The Star

SERAMAI enam anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) terlibat dalam kemalangan pada Selasa lepas yang sedang dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) menunjukkan perkembangan positif.

Pengarah Kesihatan Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha berkata, daripada enam anggota itu, lima daripadanya dirawat di Hospital Teluk Intan (HTI) dan seorang lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh, Perak.

Manakala, seorang lagi sudah dibenarkan keluar pada Jumaat lalu. 

BACA LAGI: Nahas FRU: Seorang mangsa sudah discaj, 7 masih dirawat di hospital

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan terus imbas, scammer letak surat saman ‘Akta Pengangkutan Jalam’ dekat parkir pasar raya

Muhammad Aniq (kiri) antara sembilan anggota yang cedera dibawa pulang ke Arau pada Rabu lalu. — Facebook/Medifa Care Ambulance Service

"Empat daripada lima anggota di HTI berada di ICU manakala seorang lagi di Wad Bedah dan keadaannya semakin pulih dan mungkin akan dibenarkan keluar tidak lama lagi," katanya pada Sabtu.

Sementara itu, Feisul berkata, anggota FRU di ICU HRPB mula sedar dan menunjukkan perkembangan yang baik walaupun mengalami kecederaan serius.

Terdahulu, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi dibawa pulang ke Arau, Perlis, dengan ambulans pada pukul 9.30 malam.

Ibu pejabat polis daerah (IPD) Hilir Perak dengan kerjasama Medifa Care Teluk Intan menguruskan penginapan untuk keluarga dan menyediakan pengangkutan ambulans.

Mangsa yang masih tidak boleh berada dalam keadaan duduk dibawa ke rumahnya di Arau.

Dalam kejadian pukul 8.50 pagi Selasa, seramai sembilan anggota FRU Unit 5 di Sungai Senam, Ipoh, Perak maut apabila lori yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori membawa batu kerikil.

Lapan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan ketika menerima rawatan. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram