
DUNIA kecantikan terus berkembang dengan pelbagai inovasi dan tahun ini menyaksikan kemunculan produk bibir yang bukan sahaja menyerlahkan penampilan, tetapi juga kesihatan bibir.
Dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembab, bibir dan kulit wajah sentiasa terdedah kepada kekeringan.
Justeru, pilihan produk ideal bukan sekadar soal warna atau kilauan, tetapi juga perlindungan dan penjagaan jangka panjang.
BACA LAGI: Sikap terbuka atau berdikari? Kenali personaliti anda menerusi 10 gaya dekorasi rumah
Bagi penggemar kecantikan yang sentiasa mencari produk terkini, ini senarai produk baharu bantu mencantikkan, sekali gus merawat.
1. Bobbi Brown: Extra Lip Collection (RM183)
Bobbi Brown memperkenalkan Extra Lip Collection dengan 15 rona baharu diformulasi khas untuk memberikan gabungan kelembapan, warna dan kilauan.
Ia berfungsi seperti gincu, namun memberi rasa lembab seperti balm serta kilauan water-glazed.
Diperkaya dengan minyak jojoba dan campuran botani bunga safflower, formulanya bantu melembut dan meratakan permukaan bibir sebaik sahaja disapu.
Sesuai untuk sapuan tanpa memerlukan cermin, ia menjadi pilihan ideal untuk wanita aktif masa kini.
2. Skinmade: Lip Care Duo
Tidak ketinggalan, jenama tempatan Skinmade pula tampil dengan pendekatan berbeza melalui Lip Care Duo yang mana ia merupakan sistem penjagaan bibir pertama seumpamanya di Malaysia.
Menyedari bahawa kulit bibir tidak mempunyai kelenjar minyak atau peluh, Skinmade memperkenalkan rutin dua Langkah melibatkan perlindungan siang dan rawatan malam.
Lip Power Light-Activated Serum (RM178.42) memberi perlindungan antioksidan maksimum ketika siang, manakala Lip Elixir Overnight Mask (RM97.69) merawat bibir pada waktu malam dengan teknologi Pro-Kolagen.
Tidak cukup bibir sihat dan menawan, kulit wajah juga perlu diberi perhatian untuk memastikan penampilan keseluruhan lebih segar dan berseri.
Justeru, dua jenama berikut menampilkan solusi penjagaan kulit wajah yang bukan sekadar melembap, tetapi turut merawat dan melindungi dari dalam.
3. Hourglass: Illusion Priming Moisturizer (RM315)
Gabungan primer dan pelembap ini mencipta kanvas sempurna untuk solekan.
Diperkaya dengan Plant-Based Squalane, Niacinamide dan Hyaluronic Rose Complex yang mengandungi Damascus Rosewater dan 11 jenis asid hyaluronik, ia melembapkan secara intensif sambil membantu mengurangkan garis halus dan kedutan.
Teksturnya yang ringan serta cepat meresap menjadikan kulit lebih lembut, anjal dan siap untuk aplikasi asas solekan tahan lama.
Ciri utamanya memberi fokus kepada pengurangan garisan halus dan kedutan secara klinikal, membaiki tekstur dan hasil solekan serta memberi kelembapan ringan dan segar pada kulit.
4. Biossance: Limited-Edition Squalane + Omega Repair Cream (RM319)
Sempena sambutan World Ocean Day, Biossance memperkenalkan krim edisi terhad hasil kolaborasi bersama organisasi pemuliharaan laut terbesar di dunia, Oceana.
Diperkaya dengan acai berry sterols, omega fatty acids, sugarcane-derived squalane dan biomimetic ceramides, formulanya membantu membaiki lapisan perlindungan kulit, mengunci kelembapan dan menyerlahkan seri wajah.
Ia bukan sahaja sesuai untuk semua jenis kulit termasuk yang sensitif dan mudah mengalami ekzema, malah krim ini juga selamat digunakan sepanjang kehamilan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram