
SEMUA platform media sosial termasuk arus perdana disarankan untuk melakukan perubahan lebih baik terutama apabila melaporkan berita atau kandungan berhubung kes bunuh diri.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan tanggungjawab bersama dalam setiap media organisasi untuk lebih beretika dalam membuat laporan.
Menurutnya, masalah tidak mengikut garis panduan bagi menjaga sensitiviti juga didorong oleh sikap pengendali media sosial atau organisasi.
BACA LAGI: Platform media sosial gagal patuhi larangan sekatan usia bakal dikenakan tindakan — Fahmi Fadzil
Fahmi (dua dari kiri) menegaskan tentang etika dalam melaporkan berita atau kandungan sensitif.
"Sebenarnya, bukan masalah akta atau undang-undang di Malaysia tidak cukup untuk mereka bertindak sedemikian, tetapi sikap segelintir mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan," katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Garis Panduan dalam Laporan dan Perkongsian Kandungan Berhubung Isu Bunuh Diri di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Katanya, masalah tersebut bukan sahaja berlaku di Malaysia malah, ia menjadi terjadi di negara lain di rantau Asia Tenggara.
Justeru, pihaknya mengambil maklum dan mengatur langkah bagi mengelakkan ia terus berleluasa.
"Hasil mesyuarat menteri-menteri komunikasi rantau Asia Pasifik, kami dapati masalah ini memang banyak berlaku.
"Disebabkan itu, pasukan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang teliti untuk ke arah perubahan.
"Mungkin selepas ini akan ada bengkel-bengkel untuk meningkatkan pemahaman dalam kalangan pengamal media termasuk pencipta kandungan media sosial," jelasnya.
Majlis pelancaran CMCF berkaitan Garis Panduan dalam Laporan dan Perkongsian Kandungan Berhubung Isu Bunuh Diri di Menara Star, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa.
Tambahnya, platfom TikTok sahaja yang setakat ini mempunyai garis panduan yang terperinci untuk menapis kandungan sensitif.
Menurutnya, aplikasi seperti X, Instagram dan Facebook masih jauh ketinggalan dan perlu mengambil langkah sedemikian.
Fahmi pada masa sama menyeru semua platform media sosial untuk menyertai Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) demi memastikan setiap kandungan yang dimuat naik lebih beretika. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram