
SEKUMPULAN penunggang motosikal berkuasa tinggi menerima pujian selepas membantu dua wanita yang sedang dalam perjalanan ke Temerloh, Pahang baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Sabtu, kedua-dua wanita yang menunggang motosikalnya itu mengalami kesukaran membawa barangnya.
Bimbang akan keselamatan mereka, sekumpulan lelaki tersebut bertindak menawarkan perkhidmatan untuk menumpangkan satu daripada beg wanita berkenaan.
BACA LAGI: Jadi 'mood booster', syarikat di India lantik anjing sebagai Ketua Pegawai Kebahagiaan
Namun, mereka terpaksa berpisah di Ipoh, Perak disebabkan hala tuju destinasi akhir yang berbeza.
Sekumpulan lelaki itu bagaimanapun mencadangkan untuk membawa pulang satu beg dan menghantar semula kepada wanita itu melalui perkhidmatan pos.
Tindakan itu juga bertujuan bagi mengurangkan beban dan memastikan penunggang wanita tersebut selamat tiba di destinasi mereka.
Video itu sekali gus mendapat perhatian ramai serta menunjukkan sikap prihatin yang perlu dicontohi oleh komuniti-komuniti lain.
"Alhamdulillah, terbaik abang rider Harley Davidson menolong dan sangat peka dengan keselamatan pada penunggang lain di atas jalan raya.
"Semua otai-otai yang penuh dengan pengalaman. Pengalaman itu mahal, boleh kongsi daripada segi keselamatan jalan raya.
"Kebaikan itu boleh mengurangkanh beban adik-adik itu," komen Ahmad Tarmizi Mizie.
"Mereka risaukan budak itu macam seorang ayah risaukan anak-anaknya. Alhamdulillah, terima kasih semua," tambah Ejan Hashim. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram