Jemaah haji dari Terengganu diselamatkan selepas alami serangan jantung di Tanah Suci


  • Primer
  • Isnin, 02 Jun 2025

Zurina sudah dipindahkan ke King Abdullah Medical City dan menjalani prosedur kateterisasi jantung.

SEORANG jemaah haji warga Malaysia berusia 60 tahun, Zurina Mat Hussin diselamatkan oleh pasukan perubatan Arab Saudi selepas mengalami serangan jantung yang teruk semasa menunaikan ibadah haji.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, jemaah dari Terengganu berkenaan sudah dipindahkan dengan segera ke King Abdullah Medical City (KAMC) di Mekah. 

BACA LAGI: Dilengkapi AI, Arab Saudi guna dron kawal kebakaran, operasi menyelamat sepanjang musim haji 2025

BACA LAGI: [VIDEO] Jemaah haji rakam konten, berisiko kena tindakan tegas pihak berkuasa di Tanah Suci

"Zurina telah menjalani prosedur kateterisasi jantung yang menyelamatkan nyawanya. 

"Selepas prosedur yang berjaya itu, Zurina telah didaftarkan dalam program pemantauan kesihatan jarak jauh milik Kerajaan, yang dikendalikan melalui Hospital Maya Seha.

"Keadaannya dipantau secara berterusan menggunakan peranti pemantauan jantung pintar.

"Selepas menerima rawatan perubatan kecemasan, Zurina kini meneruskan ibadah hajinya dengan selamat, manakala pihak Kesihatan Maya terus memantau keadaannya dari jauh.

"Kes ini mencerminkan keupayaan perubatan canggih Arab Saudi serta komitmennya yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan keselamatan dan kesejahteraan semua jemaah haji," kata jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi.

Kira-kira 31,600 jemaah haji dari Malaysia adalah antara dua juta jemaah yang menunaikan haji tahun ini, yang akan memuncak pada 6 Jun sempena sambutan Hari Raya Aidiladha di seluruh dunia. — The Star/ZAKIAH KOYA

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram