Madu direman, ugut sebar gambar bogel guru di Melaka


  • Kes
  • Isnin, 02 Jun 2025

Ejen insurans direman sebar gambar bogel madunya yang juga seorang guru.

MAHKAHMAH Majistret di Melaka menahan reman seorang ejen insurans selama dua hari bermula Isnin (2 Jun) berhubung dakwaan mengugut dan menyebarkan gambar bogel madunya yang juga seorang guru, pada Mac lepas. 

Perintah reman terhadap suspek berusia 53 tahun tersebut bermula pada hari Isnin, selepas Majistret Nurul Asyikin Rosli meluluskan permohonan pegawai penyiasat.

Perintah berkenaan bertujuan untuk melengkapkan siasatan di bawah Seksyen 507 dan 509 Kanun Keseksaan.

BACA LAGI: [VIDEO] Bos di JB ringan tangan pukul staf hilangkan dokumen, wanita buat laporan polis

BACA LAGI: Ada nafi terlibat, polis buka kertas siasatan murid diherdik guru

Menurut sumber, wanita yang juga ibu kepada empat orang anak tersebut ditahan sekitar pukul 10.15 malam pada Ahad di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor oleh sepasukan polis.

“Wanita itu sebelum ini dikehendaki untuk siasatan selepas madu beliau, seorang guru berusia 47 tahun, membuat laporan,” dedah sumber tersebut.

Peguam suspek, ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu membantah permohonan reman selama empat hari.

Tambah sumber itu lagi, guru tersebut membuat laporan selepas ayahnya di Klebang, Melaka memaklumkan bahawa dia menerima sepucuk surat mengandungi gambar bogel dirinya dan suaminya. 

Kebimbangan terhadap kerosakan reputasi serta gangguan berterusan daripada suspek mendorong pengadu untuk membuat laporan pada 27 Mac.

Sementara itu, peguam suspek, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh ketika ditemui di pekarangan Kompleks Mahkamah Ayer Keroh memberitahu pihaknya membantah permohonan reman selama empat hari yang dipohon polis. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram