
PARTI Keadilan Rakyat (PKR) masih belum menerima permohonan rasmi daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berhubung penyertaannya ke dalam parti itu.
Setiausaha Agung PKR, Fuziah Salleh berkata, setiap permohonan dikemukakan secara dalam talian dan mengikut proses standard.
"Permohonan itu kemudiannya akan diproses dan dibentangkan pada mesyuarat majlis pimpinan pusat parti.
"Ia akan dipertimbangkan secara menyeluruh sebelum keputusan dibuat dengan mengambil kira pelbagai perspektif termasuk pandangan sekutu kita dalam Kerajaan Perpaduan dan akar umbi," katanya pada Sabtu.
BACA LAGI: Gagal pertahan Naib Presiden PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad letak jawatan Menteri NRES
BACA LAGI: Sedia berundur dari parti, Kabinet jika tak dipilih semula sebagai pemimpin PKR — Rafizi Ramli
Beliau juga dimaklumkan Tengku Zafrul akan menunaikan ibadah haji dan mendoakan keselamatan perjalanan pergi dan balik.
Pada Jumaat, Tengku Zafrul mengumumkan keputusannya meninggalkan Umno untuk menyertai PKR.
Beliau juga meletakkan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ketua Cabang Kota Raja dan ahli parti. — The Star/Yee Xiang Yun
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram