Sidang Asean 2025: Beberapa laluan di Selangor ditutup berperingkat bermula 11 pagi


  • Kes
  • Khamis, 22 Mei 2025

Penutupan jalan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak Asean turut dilaksanakan di beberapa laluan di Selangor khususnya ketika ketibaan dan keberangkatan pulang pemimpin dan delegasi.

PENUTUPAN jalan secara berperingkat sempena Sidang Kemuncak Asean turut dilaksanakan di beberapa laluan di Selangor khususnya ketika ketibaan dan keberangkatan pulang pemimpin dan delegasi.

Laluan akan ditutup secara berperingkat membabitkan dari Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menuju ke ibu negara dan laluan dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Selangor ke ibu negara.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, kawalan jalan raya akan dilaksanakan pada 25 dan 26 Mei bagi ketibaan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan bagi ketibaan dari Pangkalan Tentera Udara Subang.

BACA LAGI : Kerajaan benar PdPR sekolah, galak syarikat swasta WFH sepanjang Sidang Kemuncak Asean 2025

BACA LAGI : Kenal pasti sekolah terlibat, KPM sedia laksana PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean — Fadhlina Sidek

"Kesemua jalan tersebut akan ditutup dari tengah hari hingga 11 malam pada 25 Mei dan dari tengah hari hingga 1 petang pada 26 Mei bagi rombongan yang tiba dari KLIA," katanya pada Khamis.

Ketua Polis Selangor, Komisioner Datuk Hussein Omar Khan,

Jelas beliau, jalan-jalan yang akan digunakan dari KLIA termasuk Lebuhraya Elite dan kawasan berhampiran R&R Seri Kembangan.

"Sementara itu, jalan-jalan yang akan digunakan oleh delegasi Asean dari Pangkalan Tentera Udara Subang termasuk Jalan Monfort dan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE).

"Laluan-laluan ini akan ditutup dari pukul 11 pagi hingga 2 petang pada 25 Mei.

"Polis menasihati semua pengguna jalan raya agar peka terhadap penutupan dan lencongan jalan yang akan dilakukan secara berperingkat dalam tempoh ini," tambah beliau.

Jelas beliau lagi, laluan akan dibuka secara berperingkat apabila konvoi delegasi melepasi setiap susur laluan.

"Namun, tumpuan penutupan penuh adalah hanya di pusat bandar raya menghala ke tempat persidangan iaitu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di ibu negara.

"Pengguna disaran merancang semula jadual perjalanan mereka bagi mengelak kesesakan," katanya. — The Star

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram