Kerajaan benar PdPR sekolah, galak syarikat swasta WFH sepanjang Sidang Kemuncak Asean 2025


  • Primer
  • Rabu, 07 Mei 2025

Pekerja awam termasuk swasta disarankan untuk bekerja dari rumah ketika Sidang Kemuncak Asean 2025 berlangsung. — Gambar hiasan

MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan akan menyenaraikan sekolah yang terjejas ketika Sidang Kemuncak Asean 2025.

Fahmi berkata, Kementerian Pendidikan (KPM) juga akan mengenal pasti sekolah yang akan melakukan kelas secara dalam talian (PdPR) susulan penutupan jalan selama dua hari.

"KPM akan mengenal pasti jumlah sekolah dalam kawasan yang akan terjejas oleh Sidang Kemuncak Asean 2025 dan pelajar akan dibenarkan menjalankan pembelajaran PdPR.

"Kabinet juga membincangkan keperluan syarikat swasta untuk turut membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah (WFH) sepanjang sidang kemuncak yang dijadualkan berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini.

"Senarai lengkap akan diumumkan oleh pihak berkuasa dalam masa terdekat," katanya pada Rabu. 

BACA LAGI: Kenal pasti sekolah terlibat, KPM sedia laksana PdPR semasa Sidang Kemuncak Asean — Fadhlina Sidek

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai teka nama anak bulus 5 hari ‘tumpang’ pemilik Proton e.MAS di Pulau Pinang

Fahmi menyarankan agar pelaksanaan kerja dari rumah dan PdPR dilakukan sepanjang Sidang Kemuncak Asean 2025. — The Star

Sebelum ini, penjawat awam yang terjejas akibat kesesakan lalu lintas ketika Sidang Kemuncak Asean dinasihatkan memohon status WFH.

Jabatan Perkhidmatan Awam berkata, dasar WFH akan membolehkan penjawat awam bekerja dengan lebih fleksibel, tetapi masih tertakluk kepada peraturan semasa di samping mengekalkan kesinambungan perkhidmatan awam.

"Kerajaan juga akan menggalakkan syarikat swasta membenarkan pekerja mereka bekerja dari rumah apabila sidang kemuncak itu berlangsung," jelasnya.

Beliau berkata, beberapa laluan yang dikenal pasti adalah di sekitar Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah dan beberapa lagi kawasan di bandar itu. — The Star/JUNAID IBRAHIM 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram