'Stunt' bertukar tragedi, atlet skateboard profesional China parah dirempuh kereta ketika beraksi di Ipoh


  • Kes
  • Khamis, 22 Mei 2025

Mangsa dipercayai terperosok ke bawah sebuah kereta dalam kemalangan tersebut. — Facebook/VIRAL PERAK

SEORANG pemain papan selaju profesional dari China parah selepas dirempuh sebuah kereta di hadapan Dewan Bandaraya Ipoh di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab di Ipoh, Perak.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, Song Zihao, 23, mengalami kecederaan di kepala, kaki kanan dan pinggul selepas dirempuh sebuah kereta kira-kira pukul 12.15 tengah malam Khamis.

Abang Zainal berkata, siasatan awal mendapati Zihao telah terjun dari pelantar di depan bangunan dewan terbabit ketika bermain papan selaju atau skateboard sebelum dirempuh sebuah motosikal.

BACA LAGI: [VIDEO] Anak muda Kuantan bukan setakat 'restore' topi, malah gamit semula kenangan sentimental pelanggan termasuk dari UK-AS

BACA LAGI: Tubuh Naza Group pada usia 21 tahun, Allahyarham Nasimuddin kebanggaan Kuala Pilah

Mangsa parah di kepala, kaki kanan dan pinggul. — Facebook/VIRAL PERAK

“Kejadian itu menyebabkan mangsa tercampak ke atas jalan sebelum dilanggar sebuah kereta.

“Kereta itu tidak dapat berhenti dan mengelak kerana jarak yang terlalu dekat dengan mangsa,” katanya sambil menambah pemandu kereta dan penunggang motosikal tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya, mangsa telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk rawatan.

Abang Zainal memaklumkan polis sudah menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Menerusi beberapa gambar dimuat naik di media sosial, mangsa dilihat terperosok di bawah sebuah kereta akibat daripada kemalangan yang berlaku. — The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram