Permohonan reman ditolak, suami Pamela Ling ditahan bantu siasatan


  • 112
  • Khamis, 15 Mei 2025

Pamela Ling dilaporkan diculik ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat SPRM pada 9 April lepas.

SUAMI kepada Datin Seri Pamela Ling Yueh yang hilang ketika dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 9 April lalu ditahan polis pada Khamis. 

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa berkata, penahanan Datuk Seri Thomas Hah Tiing Siu itu dibuat di sekitar ibu negara awal pagi tadi.

“(Suami kepada Pamela) ditahan untuk membantu siasatan. Polis telah membuat permohonan reman di Mahkamah Putrajaya, namun ditolak,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

BACA LAGI : Lapan suspek, 5 kenderaan terbabit dalam penculikan Pamela Ling — Polis KL

BACA LAGI : ‘Culik diri sendiri’, famili Pamela Ling persoal teori siasatan awal polis

 

Datuk Rusdi Mohd. Isa

Mengulas mengenai tangkapan membabitkan individu lain, Rusdi berkata, perkara itu masih dalam siasatan.

Pamela dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan dengan menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk memberikan keterangan di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya sekitar pukul 1.30 tengah hari hingga 2.10.

Terdahulu, media melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan suami kepada wanita terbabit adalah suspek selain beberapa individu lain.

SPRM mengesahkan bahawa Pamela dan suaminya, Thomas Hah sedang berhadapan siasatan berhubung kes rasuah dan pengubahan wang haram sejak Mei tahun lalu. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram