Penghasut pelatih PLKN 3.0 jangan lapor diri Jumaat juga boleh dijel maksimum 6 bulan, denda RM3,000


  • Primer
  • Jumaat, 16 Mei 2025

Pelatih boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

JABATAN Latihan Khidmat Negara (JLKN) mengingatkan mereka yang terpilih menyertai program Latihan Khidmat Negara (PKLN) 3.0 Siri 2/2025 agar melapor diri di kem PLKN selewat-lewatnya pada Jumaat.

JLKN dalam satu kenyataan menegaskan kehadiran pelatih yang terpilih adalah diwajibkan.

"Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah atau tanpa pembuktian masalah kesihatan yang disahkan oleh pakar perubatan akan dianggap sebagai ingkar arahan.

"Pelatih boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

BACA LAGI : Mengaku dapat 'back up' polis, mamat Rohingya cabar kesabaran penduduk Kemaman

BACA LAGI : Tak boleh elak, peserta PLKN 3.0 2025 wajib hadir atau mohon penangguhan

"Mana-mana individu yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

"Mana-mana individu yang tidak menghadirkan dirinya bagi latihan khidmat negara seperti yang dikehendaki telah melakukan suatu kesalahan dan disabitkan boleh didenda tidak lebih RM3,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. 

Tegas kenyataan itu lagi, sebarang usaha oleh pihak lain untuk menghasut atau memujuk mana-mana pelatih agar tidak hadir tanpa kebenaran juga adalah suatu kesalahan yang serius mengikut Seksyen 19(2) boleh didenda atas akta yang sama. 

Katanya, jabatan menyeru semua yang terbabit agar memberikan kerjasama sepenuhnya demi kelancaran pelaksanaan program serta pembangunan jati diri generasi muda negara.

Sebelum ini Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Mejar Jeneral Datuk Ya'cob Samiran dilapor berkata, pendaftaran peserta PLKN berjalan serentak Ahad lalu di dua kem rejimen Askar Wataniah, iaitu Rejimen 505 di Pekan, Pahang bagi pelatih lelaki dan Rejimen 515 di Jalan Buku 5, di sini, untuk pelatih wanita.

Pendaftaran pelatihan diberi kelonggaran selama dua hingga tiga hari untuk melapor diri sekiranya mereka ada masalah.

Untuk maklumat lanjut atau pertanyaan, sila hubungi talian rasmi Unit Pelatih, Bahagian Pengurusan Latihan JLKN di talian, 019-310 1090 (Mejar Muhammad Saufi Hasan), 019-333 2467 (Lt. Muhammad Farish Syahmi Zamri (TLDM) dan 014-234 5989 (Kapten Muhammad Hatta Mohd Khalid) atau layari laman web rasmi dihttps://jlkn.mod.gov.my. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram