[VIDEO] 'Saya tak sanggup tengok', adik rayu henti sebar aib abang terperosok bawah lori di RTB Bukit Changgang


  • Tular
  • Rabu, 14 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan detik-detik kemalangan membabitkan sebuah lori dan penunggang motosikal di RTB Bukit Changgang pada Rabu.

SEORANG penunggang  motosikal dilaporkan maut dirempuh sebuah lori di Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Banting, Selangor pada Rabu. 

Menerusi video papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat. 

Dalam video sama, mangsa, Nazri Samsuri yang menunggang motosikal itu dilanggar dari belakang oleh lori terbabit ketika berhenti di lampu merah. 

BACA LAGI: [VIDEO] Sempat selamatkan isteri dan anak, lelaki Mexico terkorban tragedi belon udara panas terbakar

BACA LAGI: Trak FRU kenderaan tempur, sebab itu tiada tali pinggang — Saifuddin

Impak daripada rempuhan itu, mangsa dilihat terperosok ke bawah tayar lori dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Video itu bagaimanapun menimbulkan keresahan dan trauma kepada ahli keluarga mangsa.

Berdasarkan hantaran dimuat naik adik mangsa di Facebook Mohd Sahrizam, dia menggesa orang ramai agar tidak menyebarkan lagi video kemalangan tersebut.

"Saya faham semua nak tolong kongsi. Tetapi video abang saya bawah lori dengan jarak dekat dengan muka dia jangan tag saya. Maaf, saya tak sanggup nak tengok. Mohon sangat," tulisnya.

Difahamkan, pemandu lori terbabit melarikan diri selepas kejadian. 

Bagaimanapun, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian setakat ini. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebookInstagramWhatsApp Channel dan Telegram