
SEORANG lelaki maut selepas terjatuh dari belon udara panas di Zacatecas, Mexico pada Ahad lalu.
Berdasarkan laporan agensi, kejadian berlaku ketika mangsa, Lucio Banuelos, 40, cuba untuk menyelamatkan diri daripada terperangkap dalam belon udara tersebut.
Dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi itu, mangsa bersama keluarganya sedang bersiar-siar menaiki belon udara panas sempena sambutan Pesta Belon Pertama.
BACA LAGI: Trak FRU kenderaan tempur, sebab itu tiada tali pinggang — Saifuddin
NEW: Man falls from the basket of a hot air balloon after it caught on fire in Zacatecas, Mexico.
The man was seen hanging onto a rope as the balloon continued to go higher in the sky.
The incident unfolded when the basket caught fire on the ground. In a final act of… pic.twitter.com/BHAY9Bn7xJ
— Collin Rugg (@CollinRugg) May 13, 2025
Beberapa minit kemudian, belon dinaiki mangsa sekeluarga secara tiba-tiba terbakar.
Mangsa bagaimanapun sempat mengeluarkan dan menyelamatkan isteri dan anaknya.
Lucio kemudiannya memegang seutas tali untuk keluar daripada belon namun, gagal menahan diri dan terjatuh ke bawah.
Mangsa juga disahkan maut di lokasi kejadian.
Susulan itu, Agensi Penerbangan Awam Persekutuan (AFAC) meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan untuk memastikan sekiranya syarikat terbabit mempunyai permit dan lesen yang sah.
Pihaknya juga melahirkan kekesalan terhadap kematian mangsa dalam kejadian itu.
Kes itu juga kini disiasat oleh pihak berkuasa bagi memastikan kejadian sama tidak berulang lagi. — Agensi
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram