
ORANG ramai dinasihatkan untuk lebih berwaspada dan berhati-hati ketika menerima surat seakan-akan saman daripada pihak berkuasa ketika di dalam parkir pasar raya atau pusat beli-belah.
Menerusi video tular di media sosial sejak Rabu, ia didakwa merupakan taktik terbaharu sindiket penipuan untuk mencuri data peribadi.
Dalam video sama, kelihatan juga sekeping surat yang mirip seperti amaran melakukan kesalahan daripada pihak berkuasa dan disertakan dengan imbasan kod.
BACA LAGI: [VIDEO] Nahas lepas Ops Chariot, 9 anggota FRU maut bertembung lori muatan batu di Teluk Intan
BACA LAGI: Polis siasat kemungkinan Pamela Ling lari ke luar negara, nafi suspek lain terlibat
Kod tersebut juga dikatakan berbahaya sekiranya terus diimbas kerana berkemungkinan dapat mendedahkan maklumat peribadi sekali gus membahayakan keselamatan.
Pengguna juga disarankan untuk membaca secara terperinci dahulu arahan serta ejaan nama akta yang disertakan dalam surat tersebut sebelum mengimbas.
Berdasarkan video itu, terdapat juga kesalahan ejaan pada ayat Akta Pengangkutan Jalan yang ditulis dengan 'Akta Pengangkutan Jalam'.
"Kalau nampak surat macamni dalam parkir pusat beli-belah dilekat pada cermin kereta, jangan terus imbas.
"Bila nampak kertas koyak sahaja. Scammer boleh ambil data dalam telefon pintar sekali dengan nombor akaun bank," dakwa pengguna TikTok @sayuuu52.
Bagaimanapun, belum ada kenyataan pihak berkuasa berhubung dakwaan berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram