Trak FRU kenderaan tempur, sebab itu tiada tali pinggang — Saifuddin


  • Primer
  • Rabu, 14 Mei 2025

Saifuddin (baju putih) menjelaskan tentang pemasangan tali pinggang keledar pada trak FRU.

MENTERI Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan bahawa ketiadaan tali pinggang keledar pada trak Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) disebabkan ia merupakan kenderaan tempur.

Beliau berkata demikian menjawab persoalan tentang sama ada aspek keselamatan aset kerajaan akan dipertingkatkan termasuk memasang tali pinggang keledar.

Saifuddin berkata, terdapat kebaikan dan keburukan terhadap tindakan itu.

BACA LAGI: [VIDEO] Jangan terus imbas, scammer letak surat saman ‘Akta Pengangkutan Jalam’ dekat parkir pasar raya

BACA LAGI: [VIDEO] Seorang mangsa FRU alami pendarahan hati tahap 3, rakan dan sepupu mohon doa ramai

"Kenderaan seperti itu, apabila digerakkan dalam misi, satu atau dua saat adalah penting.

"Bayangkan situasi di mana ia mengambil masa dua hingga tiga saat untuk menanggalkan (tali pinggang keledar), jadi akan ada kompromi.

"Kami akan menyerahkannya kepada pakar tetapi ia adalah komitmen kami untuk meningkatkan aset secara berterusan," katanya pada Rabu.

Tambahnya, langkah itu juga akan diambil untuk meningkatkan keselamatan semua aset KDN.

Saifuddin berkata, pasukan khidmat kaunseling juga akan disediakan untuk seluruh ahli keluarga mangsa yang terlibat.

Terdahulu, seramai sembilan anggota FRU maut dalam nahas membabitkan traknya dan sebuah lori muatan batu di Teluk Intan, Perak pada Selasa. — The Star/IVAN LOH

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram