Bukit Cherakah di ambang kemusnahan, bimbang tak lama lagi cuma tinggal nama dan kenangan


  • Tular
  • Isnin, 12 Mei 2025

Keadaan terkini Bukit Cherakah yang terletak di Puncak Alam, Selangor. — Gambar/Fadzil Ishak

BUKIT Cherakah yang terletak di Puncak Alam, Selangor yang sinonim sebagai lokasi pendakian dan riadah utama dalam kalangan penduduk setempat kini berdepan ancaman kemusnahan berikutan kegiatan pembangunan yang semakin rancak dijalankan berhampiran kawasan hutan simpan itu.

Kawasan yang sebelum ini menjadi tumpuan warga Shah Alam dan sekitarnya untuk menjalani aktiviti rekreasi hujung minggu, termasuk mendaki dan menikmati alam semula jadi, didakwa semakin terhakis akibat projek pembangunan yang diluluskan berhampiran kawasan tersebut.

Kebimbangan itu turut diluahkan secara terbuka oleh seorang warga maya, Fadzil Ishak di  media sosial pada Ahad. 

BACA LAGI : [VIDEO] 'Luluh hati seorang ibu', budak perempuan 7 tahun ditemukan lemas di Sungai Balok

BACA LAGI :  [VIDEO] 'Mak Su di ICU', netizen buat kerja, pemilik pikap langgar lari suami isteri di NKVE dikesan, siap tutup akaun Facebook

Fazli turut memuat naik satu gambar keadaan terkini lokasi tersebut dan mendakwa ekosistem alam di sekitar kawasan tersebut semakin terjejas. 

"Ini sahaja yang tinggal Ini dari Bukit Cherakah," tulisnya ringkas. 

Kawasan di Bukit Cherakah didakwa semakin terhakis akibat projek pembangunan yang diluluskan berhampiran kawasan tersebut.— Gambar/Fadzil Ishak 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kecewa malah ada yang menyatakan bahawa Bukit Cherakah berkemungkinan hanya akan tinggal nama dan kenangan dalam masa beberapa tahun akan datang sekiranya tiada tindakan tegas diambil oleh pihak berkuasa.

"Beberapa tahun lagi nanti hanya tinggal nama dan kenangan. Jadi rata," kata Syafiq Sarkawi

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook, Siti Afiqah mereka menggesa Kerajaan Negeri Selangor agar segera campur tangan agar kawasan tersebut dapat diselamatkan. 

"Mohon kerajaan negeri atau mana pihak yang terlibat menghentikan sebarang aktiviti pembangunan yang boleh menjejaskan ekosistem serta nilai warisan kawasan hijau Bukit Cherakah," katanya. 

Bukit Cherakah terletak berhampiran Taman Botani Negara Shah Alam dan merupakan sebahagian daripada kawasan Hutan Simpan Bukit Cherakah yang diwartakan sejak 1909. 

Ia menjadi habitat kepada pelbagai spesies flora dan fauna, serta memainkan peranan penting dalam menstabilkan iklim mikro bandar Shah Alam. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram