
SEORANG kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di muara Pantai Balok, Kuantan, Pahang ditemukan lemas tengah malam Sabtu.
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Mohd Razam Taja Rahim, mangsa dijumpai kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi mangsa dikatakan hilang pada Sabtu.
"Mangsa ditemukan oleh anggota bomba di tebing pasir pada 12.43 tengah malam dan mayat kanak-kanak itu diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
BACA LAGI: ‘Hilang 5 anak serentak tsunami badai Pulau Pinang 2004, hentikanlah gurauan guna sticker ini’
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Kommisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, mangsa ke lokasi berkenaan bersama keluarga untuk mandi-manda dan mencari kepah sebelum disedari hilang sekitar 3.50 petang.
Pemeriksaan terhadap mangsa didapati tiada kesan kecederaan dan unsur jenayah, dan mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan.
Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun yang dilaporkan hilang di muara Pantai Balok, Kuantan, Pahang ditemukan lemas tengah malam Sabtu.
kredit Video: Muhammad Faiz Hashim pic.twitter.com/Xzf0RdnbuQ
— Nadine Ardine (@MoMoT_Nadine) May 11, 2025
Beliau turut menasihatkan ibu bapa dan penjaga supaya memantau serta mengawal anak-anak ketika berada di lokasi perkelahan, antaranya di pantai dan air terjun.
Terdahulu, tular satu video sayu yang dimuat naik, seorang pengguna Facebook, Muhammad Faiz Hashim memaparkan seorang wanita dipercayai ibu mangsa berada dalam keadaan lemah diapaph oleh ahli keluarganya.
"Luluh hati seorang ibu apabila jasad anaknya yang mati lemas ditemui. Lemas ketika pesta mengutip kepah di Sungai Pantai Balok.
"Beri kata semangat kepada ibunya agar redha segala ketentuan takdir yang berlaku.
"Terima kasih kepada Anggota Bomba, ketua kampung dan semua yang terlibat dalam operasi pencarian.
"Al-Fatihah buat anak syurga Nur Afia, semoga rohmu dicucuri rahmat. Tenanglah dikau di sana anak," tulisnya.
Video tersebut turut meruntun jiwa warga maya yang turut bersedih melihat seorang ibu kematian seorang anak sekelip mata. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram