
SEORANG peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu, Terengganu pada Ahad atas pertuduhan mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1.02 kilogram, pada akhir April lalu.
Menurut laporan Malaysia Gazette, lelaki itu didakwa mengedar dadah berkenaan di sebuah kedai di Paya Keladi di Kuala Terengganu pada pukul 8.40 malam 28 April lalu.
Abdul Rahman Mohamad Hussain, 36, mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak.
BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal
Kesalahan di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) yang jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan hukuman mati, atau penjara seumur hidup dan disebat tidak kurang dari 15 sebatan jika tidak dihukum mati.
Tiada pengakuan direkodkan kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala Abdul Rahman tidak diwakili peguam dan mahkamah menetapkan 21 Julai depan untuk sebutan semula kes. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram