[VIDEO] Alunan al-Quran tenangkan pemandu di India elak dikejar sekumpulan perompak menyorok dalam semak


  • Benua
  • Rabu, 07 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan sekumpulan lelaki bersenjata mengejar kereta mangsa di India.

PEMANDU dan penumpang di India berdepan detik cemas apabila kereta dinaikinya dikejar sekumpulan individu bersenjata di jalan raya pada Selasa. 

Menerusi video kamera papan pemuka (dashcam) tular di media sosial, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari Srinagar ke Dhaka, India.

Dalam video sama, mangsa dilihat sedang melalui lebuh raya pada waktu malam sebelum cuba ditahan seorang lelaki tidak dikenali. 

BACA LAGI: [VIDEO] Sekumpulan pelajar hisap vape di surau Batu Caves, pihak sekolah tampil ambil tindakan tegas

BACA LAGI: [VIDEO] Ramai teka nama anak bulus 5 hari ‘tumpang’ pemilik Proton e.MAS di Pulau Pinang

Namun lebih mengejutkan, beberapa saat kemudian, muncul beberapa lelaki lain dari rimbunan semak tepi jalan seorang demi seorang dan mengejar kereta mangsa.

Susulan itu, mangsa bertindak pantas mengundurkan keretanya sambil masih dikejar sekumpulan lelaki dengan senjata mereka.

Mangsa bagaimanapun sempat melarikan diri daripada kumpulan lelaki yang dilihat terlibat dalam cubaan merompak.

Lebih meraih perhatian ramai apabila terdengar alunan bacaan al-Quran yang dipasang di radio kereta terbabit ketika kejadian. 

Keadaan itu juga dilihat berjaya menenangkan mangsa untuk mengelak daripada perompak terbabit.

Rata-ratanya beranggapan bahawa alunan itu menjadi penyelamat mangsa pada waktu itu. 

Namun, sehingga kini belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa India berhubung kejadian berkenaan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram