Sabah terasa gegaran lebih 3 minit, gempa bumi kuat melanda Sulawesi, Indonesia


  • Massa
  • Sabtu, 03 Mei 2025

Gempa bumi sederhana 6.1 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa, Sulawesi pada pukul 8.51 malam Sabtu.

GEMPA bumi sederhana 6.1 magnitud berlaku di Semenanjung Minahassa dekat Sulawesi, Indonesia pada pukul 8.51 malam Sabtu.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), gempa tersebut berpusat di koordinat 0.5° Utara dan 121.6° Timur, dengan kedalaman 10 kilometer.

"Pusat gempa terletak kira-kira 165 kilometer ke barat dari Gorontalo, Indonesia.

BACA LAGI: [VIDEO] Larikan RM500, polis buru geng pecah masuk restoran di Ulu Tiram

BACA LAGI: Misteri 3 kereta culik isteri taikun bisnes Sarawak sebelum sempat beri keterangan SPRM undang tanda tanya

"Kesan gegaran turut dirasai di beberapa kawasan di Sabah termasuk Tawau, Lahad Datu dan Semporna serta kawasan sekitarnya," tanya dalam satu kenyataan ringkas di laman Facebook pada Sabtu.

Namun begitu, METMalaysia mengesahkan bahawa tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Pihak berkuasa kini sedang memantau situasi dan orang ramai dinasihatkan supaya bertenang serta mengikuti perkembangan terkini daripada agensi rasmi.

Terdahulu, tular di laman media sosial beberapa hantaran orang awam berkongsi pengalaman merasai gegaran kecil di lawasan rumah mereka di Semporna.

Seorang pengguna media sosial, Casie Apple mencerita detik cemas merasi gegaran tersebut ketika berada di lapangan terbang Semporna. 

"Kalau di airport (lapangan terbang) terasa gegaran lebih kurang tiga minit," tulisnya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram