
CEF selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan pada Khamis mendedahkan beliau disahkan menghidap kanser limfoma.
Memetik laporan media The Star, lebih daripada 150 komen ditinggalkan oleh pembaca mendoakan kesihatan dan kesejahteraan beliau.
Seorang pengguna Facebook, Vickneswary Thurairajah memuji Chef Wan kerana mengekalkan keperibadiannya yang suka masih kekal positif.
"Walaupun ditimpa musibah, Datuk masih mampu membuat lawak.
"Sikap anda yang positif dan kuat semangat akan menjadi satu penanda aras untuk sembuh.
"Semoga Datuk sentiasa di bawah lindungan Tuhan. Semoga terus kuat dan jaga diri," tulisnya.
BACA LAGI: Kongsi khabar duka, Chef Wan dedah hidap kanser limfoma
Seorang lagi pengguna warga maya, Pamela Moon turut mendoakan kesihatan Chef Wan.
"Datuk tidak keseorangan dalam perjalanan ini, kami akan sentiasa memberi sokongan.
"Semoga Tuhan melindungi anda dan memberi anda kekuatan semasa anda meneruskan perjalanan ini," katanya.
Terdahulu, Chef Wan memberitahu, beliau akan memulakan rawatan bagi penyakit berkenaan dalam masa terdekat.
Menurutnya, rawatan kemoterapi akan mengambil masa selama 13 minggu dan mempunyai peluang untuk sembuh sebanyak 70 hingga 80 peratus sekiranya dikesan awal.
Dalam pada itu, Chef Wan berkata, beliau menerima takdirnya dengan hati yang terbuka dan akan terus kuat demi keluarga tercinta.
“Anak dan menantu saya terus menangis selepas mendapat tahu saya menghidap kanser. Tetapi, beginilah hidup. Kita perlu jalani setiap cabaran satu demi satu dengan hati yang terbuka.
“Kepada semua, jangan risau. Terima kasih atas doa kata-kata semangat,” katanya dalam hantaran berkenaan. — TheStar/ DIYANA PFORDTEN
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram dan Telegram