
PERKEMBANGAN misteri kehilangan isteri seorang ahli perniagaan terkenal dari Sarawak, Datin Seri Pamela Ling Yueh, 42, kini masih dinantikan oleh ahli keluarganya.
Memetik laporan Astro Awani, bapanya, Ling Kie Yii, 65, memaklumkan bahawa mereka tidak menerima sebarang panggilan atau permintaan wang tebusan daripada mana-mana pihak setakat ini.
Katanya, mereka masih buntu dan hanya bergantung maklumat daripada pihak berkuasa serta berharap Pamela berada dalam keadaan selamat.
BACA LAGI: Polis siasat misteri wanita hilang sebelum sempat bagi keterangan di SPRM
Menurutnya, Pamela sebenarnya sudah lama menetap di Singapura bersama suami dan anaknya, tetapi terpaksa tinggal di Cheras sejak disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Kie Yii juga berkata, kali terakhir berhubung dengan anaknya sebelum wanita itu ke pejabat SPRM di Putrajaya adalah pada hari kejadian.
Pada 9 April lalu, Pamela dilaporkan berada di dalam sebuah kereta e-hailing untuk ke pertemuan tersebut bagi memberi keterangan berhubung satu siasatan.
Namun, kenderaan dinaikinya dipintas oleh tiga buah kenderaan lain dan dia diarahkan masuk ke salah satu daripadanya.
Panggilan telefon dan mesej daripada keluarga serta peguam Pamela selepas pukul 2 petang hari kejadian juga tidak dijawab.
Dalam perkembangan lain, peguam kepada Pamela memaklumkan kepada sebuah portal bahawa pasangan itu sedang melalui proses perceraian.
Polis mengesahkan bahawa kes kehilangan Pamela disiasat sebagai kes penculikan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti diTwitter,Facebook,Instagram,WhatsApp ChanneldanTelegram