[VIDEO] 'Bina jalur air, terowong', penduduk Beaufort gesa tamat segera derita masalah banjir


  • Massa
  • Ahad, 04 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan keadaan sepanjang jalan di Beaufort, Sabah yang dinaiki air sejak Sabtu.

SITUASI banjir di Beaufort, Sabah kini semakin menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk.

Masakan tidak, jumlah penduduk terjejas banjir dilaporkan terus meningkat apabila seramai 1,547 orang daripada 473 keluarga terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan setakat 10 pagi Ahad berbanding 1,243 daripada 375 keluarga pada Sabtu. 

Disebabkan itu, rata-rata penduduk Sabah di Facebook meluahkan kekecewaan mereka serta menggesa pihak berwajib mengambil tindakan wajar bagi mengatasi masalah tersebut.

BACA LAGI: [VIDEO] Hidupkan kembali budaya makan sirih dan simpan keris, bukan setakat simpan muzium — Cucu Mat Kilau

BACA LAGI: Terpisah lama sebelum berjumpa 6 tahun lalu, isteri pelakon reda abang kandung maut di Gunung Rinjani

"Perlu buat satu atau dua terowong di kawasan itu. Bina jalur air seperti perparitan yang besar kalau dahulu dipanggil tali air.

"Sekurang-kurangnya air cepat berlalu dan cepat surut," cadang Janau Mat Salim Zainal.

Mengulas lanjut, pengguna akaun Facebook Mohd Iqmal turut menyarankan perkara sama meskipun ia didorong oleh faktor alam.

"Banjir yang berlaku di Beaufort, Sabah sememangnya faktor alam tetapi faktor alam itu boleh diselesaikan melalui beberapa solusi.

"Antaranya, pembersihan sungai serta menggali semula kawasan-kawasan yang menjadi cetek akibat lambakan pasir di dasar sungai (maksudnya sungai Padas jadi semakin cetek sudah sekarang)

"Pengawalan aktiviti pembalakan di hulu sungai Padas kerana bila kita lihat asal banjir macam ada saja kayu-kayu balak hanyut," tulisnya.

Sementara itu, selain Beaufort, daerah Sook juga kekal mencatat angka tertinggi apabila 1,346 orang daripada 406 keluarga kini berlindung di lima pusat pemindahan sementara (PPS). — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram