
NASIB penyanyi dikir barat Malaysia, Eda Ezrin termasuk suami dan empat lagi rakannya masih belum diputuskan sepenuhnya.
Memetik laporan Berita Harian, kesemua individu terbabit dijangka akan dilanjutkan tempoh penahanan.
Ia selepas Pendakwa Raya Thailand memfailkan rayuan lanjutan tahanan selama sebulan lagi yang dikemukakan di Mahkamah Narathiwat pada Jumaat.
BACA LAGI: Belum berakhir, polis akan panggil penyanyi Bey Soba Bey sebaik kembali ke Malaysia — Polis Kelantan
BACA LAGI: Ibu tergamak jual anak berusia 6 tahun, mata hijau buat pembeli tertarik
Jurucakap mahkamah kemudiannya memaklumkan bahawa seorang hakim dijangka membuat keputusan mengenai rayuan itu awal minggu hadapan.
Menurutnya, sekiranya mahkamah meluluskan lanjutan itu, penyanyi lagu berjudul Bey Soba Bey dan lima individu lain akan terus ditahan di penjara selama sebulan lagi.
Ia sekali gus akan memberi lebih masa kepada pihak berkuasa untuk mengumpulkan bukti berkaitan pemilikan 6,059 pil yaba.
Pada 1 November 2024, keenam-enam individu berkenaan ditahan ketika pihak polis Thailand menyerbu sebuah hotel di Sungai Golok.
Selain pertuduhan dadah, mereka turut didakwa memasuki Thailand tanpa dokumen perjalanan sah serta tinggal melebihi tempoh dibenarkan.
Mahkamah Wilayah Narathiwat bagaimanapun membebaskan kesemua tertuduh daripada pertuduhan memiliki pil yaba, manakala bagi pertuduhan penggunaan dadah, mereka dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda 4,000 baht setiap seorang pada 6 Mac lalu.
Namun, pada 8 April lalu, Mahkamah Wilayah Narathiwat membenarkan rayuan pihak pendakwa raya Thailand untuk melanjutkan tempoh tahanan terhadap keenam-enam rakyat Malaysia itu selama sebulan lagi bermula 6 April lepas. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram