‘Can’t wait to call to call you my soulmate, my husband’, Eyka Farhana-Akhyar Rashid dilaporkan sah diijabkabulkan 24 jam selepas hari jadi


  • Podium
  • Jumaat, 02 Mei 2025

Akhyar Rashid secara rasmi menamatkan zaman bujangnya apabila selamat diijabkabulkan dengan pelakon terkenal Eyka Farhana dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung pada Jumaat

PEMAIN bola sepak kebangsaan dan tonggak Terengganu FC (TFC), Muhammad Akhyar Abdul Rashid sah bergelar suami kepada pelakon popular, Eyka Farhana dalam satu majlis akad nikah yang berlangsung secara sederhana pada Jumaat.

Pasangan tersebut dinikahkan dalam majlis tertutup yang dihadiri ahli keluarga serta kenalan rapat kedua-dua belah pihak.

Berita gembira itu disambut meriah oleh para peminat dan warga maya yang membanjiri media sosial dengan ucapan tahniah serta doa agar rumah tangga mereka kekal bahagia.

BACA LAGI : Orozco ucap selamat tinggal, beri ‘hint’ takkan bersama The Red Giants musim depan

BACA LAGI : The Cats bernafsu besar, Safawi Rasid-Paulo Josue dalam radar Kuching City, 'back up' Shamie Iszuan

 

 

Menariknya, majlis pernikahan itu berlangsung sehari selepas Akhyar menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26.

Sebelum itu, pada Rabu, Eyka sempat berkongsi beberapa foto dan video pra-perkahwinan mereka di laman Instagram, sambil menitipkan ucapan hari jadi penuh romantis buat Akhyar.

"Happy birthday to the one I’ll spend forever with. Can’t wait to call you my soulmate, my husband, and the father of our babies. I love you endlesslya," tulis Eyka di Instagram miliknya.

Untuk rekod, pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 4 Ogos tahun lalu selepas menjalinkan hubungan cinta selama lima tahun.— Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram