[VIDEO] Misteri bot kosong tengah laut terungkai, pemilik dikhuatiri lemas, terjatuh ketika sauk kerang di Pulau Pinang


  • 112
  • Khamis, 01 Mei 2025

Tangkap layar video memaparkan sebuah bot kosong yang berlegar-legar di tengah laut di Jambatan Kedua Pulau Pinang pada Khamis.

SEORANG lelaki dikhuatiri lemas dan dipercayai terjatuh dari bot ketika menjalankan aktiviti menyauk kerang Jambatan Kedua, Pulau Pinang pada Khamis.

Mangsa, Ismail Ahmad, 28, dilaporkan masih belum ditemui sehingga kini sejak kehilangannya pukul 10 pagi. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri, Mohamad Shoki Hamzah dilaporkan berkata, usaha mencari dan menyelamat (SAR) sedang dijalankan di lokasi kejadian.

BACA LAGI: Keadaan MP Pulai semakin positif, jalani pembedahan buang hempedu

BACA LAGI: Tak serik ceroboh tanah, 5 termasuk warga asing ditahan polis di Raub

Menurutnya, kejadian melibatkan sebuah bot yang melanggar tiang bernombor 274 di Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Difahamkan, bapa dan rakan mangsa yang menaiki bot lain di lokasi sama selamat.

Operasi pencarian di sekitar lokasi kejadian juga dilakukan menggunakan kaedah secara Water Surface Searching.

Sebelum ini, tular video memaparkan sebuah bot yang tiada pengendalinya berlegar-legar di tengah laut berkenaan. 

Berdasarkan pemilik video, orang awam sempat melihat mangsa seperti meminta pertolongan ketika terjatuh sebelum hilang daripada pandangan. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram