
AHLI Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat dilaporkan terkena jangkitan kuman dan sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor.
Pembantu peribadinya, Mohamad Nizam Junait berkata, Suhaizan dimasukkan ke hospital kira-kira pukul 11 malam Selasa.
BACA LAGI: [VIDEO] Ralit tengok gajet, kontraktor di China selisih maut hampir dihempap kren jatuh
BACA LAGI: Ibu buntu misteri kehilangan anak gadis, kali terakhir dikesan pakai baju sukan sekolah di Kuching
"Beliau demam dan mengalami penurunan paras oksigen dan dimasukkan ke ICU.
"Mari kita berdoa agar beliau cepat sembuh," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Sementara itu, Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor dalam satu kenyataan meminta semua pihak menghentikan penyebaran persepsi dan maklumat tidak sahih berhubung keadaan kesihatan Suhaizan.
Suhaizan merupakan Naib Pengerusi AMANAH Johor.
Pengerusi AMANAH Johor, Aminolhuda Hassan berkata, maklumat dan sumber diperoleh mengenai keadaan kesihatan Naib Pengerusi AMANAH Johor itu telah mengundang panik dan mencetuskan pelbagai tanggapan serta teori yang mengelirukan.
Beliau menegaskan Suhaizan kini dalam keadaan stabil dan sebarang perkembangan lanjut akan dimaklumkan pihak parti sendiri.
"Amanah Johor juga berharap agar segala persepsi ini dapatlah dihentikan dan tidak ada pihak yang mendahului maklumat dengan menyebarkan kenyataan yang tidak sah serta menambah tegang terhadap situasi serta kesihatan Suhaizan.
"Kami turut menyeru rakyat Malaysia agar terus mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Suhaizan," katanya yang turut berkongsikan fotonya melawat Suhaizan yang sedang dirawat di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram