
AHLI Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat kini dalam keadaan stabil selepas selamat menjalani pembedahan membuang hempedu di sebuah hospital swasta di Iskandar Puteri, Johor pada Khamis.
Beliau bagaimanapun masih memerlukan pemantauan berterusan selepas pembedahan tersebut.
Dalam pada itu, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Johor, Aminolhuda Hassan, merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan Suhaizan.
BACA LAGI: MP Pulai masuk ICU akibat jangkitan kuman, kini stabil
BACA LAGI: Tak serik ceroboh tanah, 5 termasuk warga asing ditahan polis di Raub
"Amanah Johor bersyukur kerana keadaan Suhaizan Kaiat semakin baik selepas menjalani prosedur pembedahan membuang hempedu.
"Kami juga berterima kasih kepada semua yang memainkan peranan termasuk pasukan perubatan, pegawai Parlimen Pulai, petugas Amanah Johor, ketua masyarakat dan individu perseorangan yang menjaga serta menguruskan keselamatan dan kesihatan Suhaizan,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Pada Rabu, Suhaizan dilaporkan dilaporkan terkena jangkitan kuman dan dirawat di unit rawatan rapi (ICU) hospital berkenaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram