Jual piza wagyu guna Vellfire, ‘influencer’ dikompaun kerana bisnes tanpa lesen di Ampang


  • Primer
  • Rabu, 30 Apr 2025

Kenderaan MPV mewah digunakan usahawan yang juga pempengaruh media sosial itu untuk menjual piza wagyu di Ampang. — MPAJ

SEORANG usahawan yang juga pempengaruh media sosial dikompaun selepas dikesan menjual piza wagyu tanpa lesen menggunakan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) mewah, Toyota Vellfire, di Ampang, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Dalam satu hantaran di Facebook, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) berkata, tindakan itu diambil berikutan aktiviti penjualan tanpa lesen itu mengakibatkan gangguan awam.

Katanya, satu kompaun dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin.

BACA LAGI: Bil 'modify' pernah cecah RM50,000, Outsider Bikes mampu penuhi cita rasa peminat basikal

BACA LAGI: 'Yuna peminat Liverpool', tak sampai setahun beroperasi, pasangan suami isteri di Klang pendam impian mahu setanding syarikat jersi di UK

MPAJ berkata, satu kompaun dikeluarkan mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil MPAJ 2007 bagi memastikan keselamatan dan keselesaan penduduk terjamin. — MPAJ

"MPAJ sentiasa menyokong inisiatif pembangunan usahawan tempatan sebagai pemacu ekonomi komuniti.

"Namun demikian, kami amat berharap agar semua pihak dapat mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan demi menjaga keharmonian bersama, " ujar hantaran itu.

Sementara itu, MPAJ berkata, satu sesi pertemuan turut diatur dengan pihak berkaitan bagi membincangkan jalan penyelesaian terbaik agar kegiatan menjaja tanpa lesen tidak berulang.

MPAJ dalam hantaran sama turut melahirkan iltizamnya untuk terus memperkukuh kerjasama dengan seluruh komuniti dalam usaha membina sebuah persekitaran lebih selamat, teratur dan sejahtera untuk semua. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram