Jofliam tunai janji, bakal bagi pizza percuma Rabu depan


  • Hiburan
  • Ahad, 06 Apr 2025

Jofliam (kanan) bernikah dengan Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati pada Sabtu. 

SEPERTI yang dijanjikan, pempengaruh dan usahawan, Jofliam memaklumkan akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

Menerusi perkongsian terbaru di Instagram Story (IGs), Jofliam atau nama sebenar Suhaimi berusia 37 tahun itu berkata, majlis resepsinya akan digantikan dengan pemberian pizza percuma yang akan diadakan pada minggu depan.

Jofliam turut memberi peringatan untuk bersedia berebut bagi mendapatkan makanan percuma.

BACA LAGI : Suhaimi sah nikahi Dewi, ramai tuntut janji piza wagyu percuma, jangan pakai nama Jofliam lagi

BACA LAGI : Kes Cik Epal dan Jofliam, peguam syarie perjelas perintah komital

 

Jofliam memaklumkan akan memberikan pizza wagyu percuma kepada orang ramai susulan perkahwinannya dengan Emira Delyati Dewi.

"Saya tidak adakan majlis resepsi tetapi akan gantikan dengan event.

"Pizza percuma minggu depan, tapi nak datang kena bertarung walaupun percuma.

"Hari pertarungan pizza tunggu hari Rabu ini. Saya letak banyak lagi makanan, Insya-ALLAH," tulisnya pada Ahad. 

Pada Sabtu, bekas suami kepada Cik Epal atau nama sebenarnya, Murni Mahmud itu sah bernikah dengan Dewi atau nama sebenarnya Emira Delyati. 

Dalam video itu, majlis pernikahan dibuat secara tertutup dan sederhana yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan sahabat.  — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram