[VIDEO] 'Anak masih termenung', ibu bapa dedah ada mangsa masih trauma akibat kebakaran asrama SMK Tinggi Setapak


  • Massa
  • Selasa, 29 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan kebakaran yang berlaku di asrama SMK Tinggi Setapak, Kuala Lumpur pada Isnin.

SERAMAI 91 pelajar dilaporkan selamat dalam insiden kebakaran sebuah blok asrama di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak, Kuala Lumpur pada Isnin. 

Kejadian itu juga melibatkan tingkat satu blok asrama lelaki dan kebakaran berjaya dipadamkan sekitar pukul 9.40 malam.

Komander Operasi Bomba, TPgB II Japari Tajuddin, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, kebakaran menyebabkan kemusnahan kira-kira 80 peratus struktur bangunan terbabit.

BACA LAGI: Rupiah jatuh mendadak, peluang besar rakyat Malaysia melancong ke Indonesia

BACA LAGI: Boleh jatuh nusyuz, Ustazah Asma' pesan isteri tak boleh sentiasa taat permintaan suami bertentangan syarak

Menurutnya, ketika kejadian, semua pelajar berada di surau sekolah menunggu waktu Isyak dan tiada kecederaan dilaporkan.

Punca kejadian dan jumlah kerugian bagaimanapun masih dalam siasatan Unit Forensik JBPM.

Difahamkan, beberapa pelajar terbabit sudah dibawa pulang ke rumah keluarga masing-masing selepas kejadian. 

Di laman Facebook, rata-rata ibu bapa mangsa menzahirkan kesyukurannya apabila anak mereka selamat dan berada dalam pangkuan keluarga.

Namun, keadaan anak mereka dikatakan masih mengalami trauma dan panik selepas menyaksikan kebakaran itu.

"Alhamdulillah ALLAH lindungi anak-anak kami semua, tragedi menyedihkan.

"Ada mangsa yang trauma juga, tetapi syukur semua selamat," tulis Sue Eone

"Anak masih termenung dah bawa balik ke rumah. Terkejut dan panik," komen Zaila Che Bahar Nordin.

Sementara itu, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan membuat tinjauan di sekitar kawasan sekolah terbabit. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram