
KAD Nusuk kini dilengkapi imbasan kod (QR) bagi mengelakkan sebarang pemalsuan sebagai kad pengenalan rasmi jemaah haji.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naím Mokhtar berkata, kad tersebut juga merangkumi beberapa ciri keselamatan.
"Ini bermakna, sebarang percubaan untuk menduplikasinya akan menjadi sukar kerana ia datang dengan pelbagai ciri keselamatan yang dipertingkatkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Saudi.
"Kad Nusuk yang diperkenalkan tiga tahun lalu sebagai dokumen pengenalan rasmi jemaah haji, juga membantu memudahkan kemasukan jemaah haji dari seluruh dunia ke Masjidil Haram, Makkah; Masjid Nabawi, Madinah dan lokasi haji lain ketika menunaikan rukun Islam kelima," katanya pada Selasa.
BACA LAGI: Rupiah jatuh mendadak, peluang besar rakyat Malaysia melancong ke Indonesia
Jemaah haji diingatkan agar sentiasa menjaga kad Nusuk mereka sepanjang menunaikan ibadah. — The Star
Terdahulu, beliau mengingatkan seramai 284 jemaah haji Malaysia yang berlepas ke Tanah Suci supaya sentiasa menjaga Kad Nusuk mereka kerana ia mengandungi data peribadi termasuk maklumat pasport, visa serta memudahkan pengecaman jemaah haji.
"Anda mesti menjaga Kad Nusuk dengan baik kerana ia serupa dengan MyKad.
"Ingat nasihat saya, layan ia seperti anda menjaga MyKad anda," katanya. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram