JKM jaga sementara 18 kanak-kanak yang diselamatkan di Cheras


  • Massa
  • Isnin, 28 Apr 2025

Kesemua 18 kanak-kanak yang diselamatkan daripada sebuah rumah kebajikan di Cheras kini diletakkan dalam jagaan sementara selama dua bulan bawah JKM. — Gambar hiasan

SERAMAI 18 kanak-kanak yang diselamatkan dari sebuah rumah kebajikan di Cheras, Kuala Lumpur, baru-baru ini ditempatkan di bawah jagaan sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Sosial Selangor, Anfaal Saari, berkata JKM negeri kini dalam usaha mengesan waris kepada kesemua 12 kanak-kanak lelaki dan enam perempuan tersebut.

"JKM Selangor memperoleh perintah jagaan sementara selama dua bulan. Selepas itu, proses seterusnya akan diteruskan sehingga siasatan lengkap.

BACA LAGI : Bukit Aman kesan geng samseng rekrut ahli guna media sosial

BACA LAGI :  Pelanggan pisang goreng cemas, lelaki maut ditikam suspek disyaki sakit mental depan bank di Shah Alam

"Sekiranya keluarga mereka berjaya dikesan, kanak-kanak ini akan diserahkan kepada pihak yang sah dan layak untuk menjaga mereka," katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Selangor Care Accelerator (XCare) 2025 pada Isnin. 

Sebelum ini, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengarahkan penutupan sebuah rumah kebajikan selepas rakaman video tular menunjukkan layanan buruk terhadap kanak-kanak di premis berkenaan.

(mugshot)Anfaal says her father Saari left a good impact on the constituency and hoped to continue with his work.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Kebajikan Sosial Selangor, Anfaal Saari

Sementara itu, mengulas kes pembunuhan membabitkan dua pengemis orang kurang upaya (OKU) di Seksyen 18, Anfaal memaklumkan kerajaan negeri kini dalam proses merangka Dasar OKU Negeri Selangor.

Beliau berkata, dasar tersebut akan memperkasa hak serta keperluan golongan OKU dengan pendekatan inklusif dan prinsip 'tiada siapa tertinggal'.

"Antara fokus dasar ini ialah memperluaskan peluang pekerjaan kepada golongan OKU dengan menggalakkan syarikat swasta mengambil mereka bekerja. Usaha ini bertujuan mengurangkan masalah pengemis dalam kalangan OKU," katanya.

Dalam perkembangan lain, Anfaal turut menyentuh berhubung peningkatan kes jangkitan HIV dalam kalangan pelajar universiti dan sekolah di Selangor.

Katanya, pejabat beliau akan bekerjasama dengan pihak polis dan agensi berkaitan bagi membendung penularan wabak berkenaan daripada terus memburuk.

"Saya akan meminta laporan terperinci daripada Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berhubung kes penyalahgunaan dadah dan isu sosial lain. 

Tindakan bersepadu akan diambil bagi menangani masalah ini.

"Kami juga akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) untuk meningkatkan kesedaran awal serta advokasi mengenai bahaya penyakit ini supaya ia ditangani dari pelbagai aspek, bukan sekadar sudut kebajikan atau pembangunan keluarga sahaja," katanya. — The Star 

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram