
SEORANG lelaki maut dipercayai ditikam menggunakan senjata tajam dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Seksyen 18 dakat Shah Alam, Selangor pada Khamis.
Menurut maklumat awal yang dikongsikan pengguna Facebook, Abdul Razak Bujang, insiden tersebut berlaku berhampiran premis Goreng Pisang Che Noor.
"Seorang lelaki berbangsa India maut apabila ditikam oleh seorang lelaki berbangsa Melayu.
BACA LAGI : ‘Mama reda nak’, ibu pasrah jasad Muhd Aniq Faiz akhirnya ditemukan tersangkut di tebing sungai Tamparuli
BACA LAGI : [VIDEO] Tak sampai seminit, 2 beranak trauma disamun geng bersenjata di Jenjarom
"Motif kejadian masih di dlm siasatan polis dan pembunuh ada dalam kereta polis setakat ini.
"Suspek tak lari, samada pembunuh ini ada penyakit mental atau ada sebab lain kerana dia tak melarikan diri," tulisnya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim mengesahkan kejadian terbabit.
Katanya, suspek, 28, terdahulu dikatakan bertikam lidah dengan mangsa, 40, berkaitan isu lokasi meminta sedekah.
"Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau lalu menikam bahagian dada mangsa beberapa kali sehingga menyebabkan lelaki itu jatuh dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri.
"Sepasukan anggota dikejarkan ke lokasi sebaik menerima maklumat sebelum suspek ditahan pukul 12.30 tengah hari di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Tambah beliau lagi, semakan mendapati suspek memiliki sembilan rekod jenayah lampau. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang, Selangor.
"Permohonan reman ke atas suspek akan dibuat di Mahkamah Shah Alam pukul 10 pagi Jumaat. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram