
SEORANG wanita berdepan detik cemas apabila disapa lelaki tidak dikenali di rumahnya di Kulim, Kedah pada Khamis lalu.
Menerusi video kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial sejak Sabtu, lelaki berkenaan menyelinap masuk ke dalam perkarangan rumah wanita berkenaan sebaik pintu pagar automatik dibuka.
Kejadian juga dikatakan berlaku ketika isteri pemilik rumah itu baru pulang dari tempat kerja.
BACA LAGI: Tak lari, sebaliknya 2 beradik perempuan selamatkan pelancong ketika serangan pengganas di Pahalgam
BACA LAGI: Santuni mereka selagi daya, kisah guru bantu murid anak yatim jadi teladan
Waspada Penceroboh di Kawasan Perumahan: Penduduk Dinilai Tingkatkan Keselamatan
KULIM, 26 April – Penduduk di kawasan perumahan Taman Bidara, Kulim dinasihatkan supaya lebih berwaspada selepas insiden seorang lelaki tidak dikenali menceroboh ke dalam halaman sebuah rumah… pic.twitter.com/v9yvKUvY8b
— MYNEWSHUB (@mynewshub) April 26, 2025
Dalam kejadian sama, kelihatan lelaki tersebut menghampiri kereta wanita itu dan cuba meminta wang tunai.
Difahamkan, individu itu juga tidak menunjukkan sebarang dokumen pengenalan diri atau membawa sebarang senjata ketika kejadian.
Mangsa segera menutup tingkap kereta dan tidak melayan permintaan lelaki berkenaan.
Beberapa minit kemudian, lelaki itu dilihat berlalu pergi keluar dari rumah terbabit.
Mangsa bagaimanapun didakwa sudah membuat laporan polis dan siasatan kini sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.
Susulan itu, orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengutamakan keselamatan diri ketika memasuki mahu pun meninggalkan perkarangan kediaman.
Masyarakat juga disarankan untuk memastikan pintu atau pagar dikunci dan memeriksa persekitaran sebelum keluar daripada kenderaan.
Setakat ini, belum ada kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berhubung kejadian itu. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram