
KLUSTER penyakit berjangkit yang tidak dikenal pasti didapati mula tersebar dalam kalangan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah di Yan, Kedah baru-baru ini.
Seluruh pusat kesihatan di negeri itu bagaimanapun mengambil langkah berjaga-jaga dan berwaspada terhadap pesakit yang menunjukkan simptom seperti demam, batut, lepuh, muntah, cirit-birit dan ruam.
Pihaknya juga sudah diberi peringatan untuk memantau pesakit yang mempunyai sejarah melawat, bermalam atau menyertai aktiviti di kem latihan persendirian (Kem Palas) di Yan pada atau selepas 3 April lalu.
BACA LAGI: [VIDEO] Serangan di Kashmir: Tiada pelancong Malaysia cedera — Wisma Putra
BACA LAGI: Santuni mereka selagi daya, kisah guru bantu murid anak yatim jadi teladan
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan Kedah, Mansor Zakaria menegaskan kepentingan mengenal pasti kluster penyakit berjangkit yang dikaitkan dengan Kem Palas.
"Semua pegawai perubatan perlu segera memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan Kedah sekiranya pesakit menunjukkan mana-mana kriteria yang dinyatakan.
"Jabatan Kesihatan Kedah mengesahkan penyakit berjangkit tidak dikenal pasti melibatkan pelajar dan kakitangan sebuah sekolah menengah daerah Kuala Muda," katanya.
Jabatan itu turut menerima maklumat kes tersebut pada Khamis lalu.
"Susulan itu, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda dan Yan menjalankan siasatan segera dan mengesahkan pelajar berkenaan telah mengikuti kem latihan di Yan.
"Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda mengesan seramai 39 orang (5.11 peratus) mengalami simptom demam, batuk dan ruam daripada 763 pelajar dan kakitangan sekolah berkenaan.
"Kes itu juga membabitkan pelajar dan kakitangan berusia 14 tahun.
"Kesemua pesakit sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim dan berada dalam keadaan stabil," jelasnya.
Mansor berkata, pemeriksaan dan penilaian risiko dan sekatan sudah dijalankan di lokasi terbabit.
"Kami meminta orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mencetuskan panik dan mengganggu siasatan.
"Saya menggesa semua supaya mengambil langkah pencegahan dan menjaga kebersihan di kawasan kediaman dan rekreasi mereka bagi mengelak penularan sebarang penyakit berjangkit," gesanya. — The Star/N.TRISHA
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram