Operasi stesen LRT dilanjutkan sehingga pukul 12.30 malam sempena final Piala Malaysia, konsert Amy Search


  • Massa
  • Sabtu, 26 Apr 2025

Operasi Stesen LRT Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam Isnin bersempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dan konsert solo Amy Search yang berlangsung malam Sabtu.

RAPID Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) mengumumkan lanjutan operasi Stesen LRT Bukit Jalil akan dilanjutkan sehingga 12.30 tengah malam Isnin bersempena Perlawanan Akhir Unifi Piala Malaysia dan konsert solo Amy Search yang berlangsung malam Sabtu.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang berlokasi di Kuala Lumpur itu bakal menjadi tumpuan peminat bola sepak yang hadir menyaksikan pertembungan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC pada pukul 9 malam. 

Dalam masa sama, konsert penyanyi rock terkenal, Amy Search, akan bermula di Axiata Arena berdekatan stadium tersebut pada pukul 8.30 malam.

BACA LAGI : Bekas pemain dan penolong jurulatih NSFC, Ahmad Osman meninggal dunia

BACA LAGI : 'Terima kasih Perak,' fans restu Haziq Nadzli tukar angin ke kelab Borneo

Menurut kenyataan Rapid KL, lanjutan waktu operasi ini bertujuan memastikan kelancaran pergerakan penumpang yang menghadiri kedua-dua acara besar berkenaan.

"Penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki mencukupi bagi memudahkan perjalanan," katanya.

"Penumpang digalakkan menggunakan kad Touch ‘n Go dan memastikan baki kad mencukupi untuk melancarkan perjalanan," katanya pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu lagi, selain Stesen Bukit Jalil, beberapa stesen sambungan lain turut dilanjutkan operasi bagi membawa penumpang ke destinasi akhir. 

Antara laluan yang terlibat ialah Laluan Kelana Jaya membabitkan Stesen Masjid Jamek, Pasar Seni dan Putra Heights.

Di Laluan Ampang/Sri Petaling pula, stesen yang terlibat adalah Plaza Rakyat, Masjid Jamek, Putra Heights, Hang Tuah, Titiwangsa, Maluri, Sungai Besi dan Chan Sow Lin.

Sementara itu, Laluan Monorel melibatkan Stesen Hang Tuah dan Titiwangsa, manakala Laluan Kajang melibatkan Stesen Pasar Seni, Maluri, Merdeka, Kwasa Damansara dan Tun Razak Exchange.

Laluan Putrajaya pula membabitkan Stesen Kwasa Damansara, Sungai Besi, Chan Sow Lin, Titiwangsa dan Tun Razak Exchange.

Rapid KL turut menasihatkan pengguna untuk merancang perjalanan lebih awal dan mematuhi arahan petugas di stesen bagi mengelakkan kesesakan.

Orang ramai yang memerlukan maklumat lanjut boleh mengunjungi laman web rasmi www.myrapid.com.my atau mengikuti kemas kini di platform media sosial Rapid KL. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram