
DUNIA bola sepak tanah air dikejutkan dengan pemergian bekas pemain dan penolong jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Ahmad Osman meninggal dunia pada Sabtu.
Berita sedih itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi oleh pihak kelab NSFC yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
"Pihak kelab merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham.
BACA LAGI: [VIDEO] Sedih tidak berjuang di Bukit Jalil, Hidalgo laung 'last call' khas buat fans Tok Gajah
"Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman," melalui perkongsian di laman Instagram rasmi NSFC pada Sabtu.
Untuk rekod, Allahyarham Ahmad Osman merupakan antara figura penting dalam pembangunan bola sepak Negeri Sembilan.
Sepanjang bergelar pemain, Ahmad Osman dikenali sebagai pemain tengah yang kental serta memiliki ketenangan mengawal rentak permainan.
Ahmad Osman menyarung jersi Negeri Sembilan selama lebih satu dekad dan merupakan antara watak penting dalam kejayaan pasukan mara ke final Piala Malaysia 1994.
Sumbangannya tidak terhenti di atas padang sahaja, malah selepas bersara, beliau menyambung khidmat sebagai penolong jurulatih, membantu membentuk skuad NSFC dalam pelbagai kejohanan domestik.
Selain itu, Ahmad Osman juga pernah terlibat dalam program pembangunan akar umbi, melatih bakat muda negeri dan menjadi inspirasi kepada ramai pemain muda yang kini mewakili kelab dan negeri. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram