[VIDEO] Nahas ketika latihan paracut, 5 anggota polis terkorban pesawat terhempas berdekatan pantai popular Thailand


  • Benua
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Pesawat terbabit terjunam kira-kira 100 meter dari pantai berhampiran Lapangan Terbang Hua Hin, di wilayah Prachuap Khiri Khan, Thailand. — Agensi

SEKURANG-kurangnya lima individu maut selepas sebuah pesawat kecil polis terhempas ke dalam laut berhampiran pantai popular Hua Hin di Thailand pada pagi Jumaat.

Berdasarkan rakaman imej di tempat kejadian, pesawat itu dikenal pasti sebagai daripada jenis Viking DHC-6 Twin Otter.

Jurucakap Polis Diraja Thai, Archayon Kraithong berkata, ketika kejadian, pesawat itu dilaporkan sedang menjalani ujian penerbangan sebagai persediaan untuk latihan payung terjun sebelum ia terhempas pukul 8 pagi.

BACA LAGI: Miliki 3 kontena simpan ketupat palas, bisnes keluarga di Hutan Kampung mencanak lebih RM1 juta setiap kali musim perayaan

BACA LAGI: Produk wangian eksklusif Medin Fragrance mahu terjemah seni, budaya dan sejarah Malaysia

Pesawat terbabit terjunam jatuh kira-kira 100 meter dari pantai berhampiran Lapangan Terbang Hua Hin, di wilayah Prachuap Khiri Khan.

Kesemua enam individu di dalam pesawat itu merupakan anggota polis.

Laporan awal menunjukkan bahawa lima maut di tempat kejadian manakala seorang lagi parah dan sedang dirawat di hospital. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram