[VIDEO] 'Straight A' itu biasa, yang hebat apabila pimpin bapa', pelajar Kelantan cemerlang SPM hargai jasa ayah buat ramai sebak


  • Tular
  • Jumaat, 25 Apr 2025

Tangkap layar memaparkan tindakan Aiman memimpin tangan bapanya ke pentas utama selepas mendapat keputusan SPM.

MEDIA sosial sejak Khamis dibanjiri dengan pelbagai reaksi emosional susulan pengumuman keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dengan ribuan pengguna berkongsi detik-detik bermakna pelajar dan ibu bapa meraikan pencapaian masing-masing.

Daripada pelukan erat hingga air mata kegembiraan, suasana di pelbagai sekolah di seluruh negara bertukar menjadi lautan emosi. 

Ada yang berkongsi kisah keluarga menangis syukur atas kejayaan anak mereka, ada menerima ganjaran istimewa daripada ibu bapa, tidak kurang juga yang meraikannya bersama guru dan kenalan sekolah.

BACA LAGI: Pelajar subjek cemerlang SPM hampir dibuang sekolah meninggal dunia, guru kongsi kisah menyentuh hati

BACA LAGI: Wanita jangan alpa, gangguan ginekologi berisiko alami penyakit jantung dan masalah salur darah otak

Namun, di tengah-tengah kemeriahan tersebut, perkongsian video di TikTok milik Mr J menuai perhatian ramai selepas memaparkan detik menyentuh hati seorang pelajar lelaki dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Yahya Petra 2, Kelantan.

Dalam video berdurasi kurang seminit itu, pelajar dikenali sebagai Aiman yang memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM, dilihat terus berjalan ke arah tempat duduk belakang bagi memimpin tangan seorang lelaki dipercayai bapanya menuju ke pentas utama.

Ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan reaksi positif, dengan rata-rata memuji nilai murni dan didikan adab yang diterapkan dalam diri pelajar berkenaan.

"Straight A tu tak hebat, yang hebat dia bawa ayah sekali naik atas pentas, kita yang sudah tiada ayah ni sangat 'tisu' hati apabila tengok. Tahniah dik," tulis hAntu kOpi89.

"Terasa puas sangat situasi ini kerana saya seorang guru. Tahniah Aiman anak yang bijak, adab yang tinggi mak ayah Aiman," ujar Rihanna22.

"Allahuakbar, tiba-tiba sebak hati, berlinangan air mata apabila tengok Aiman berjalan menuju ke arah ayahnya sambil bela (membetulkan) baju ayahnya," kata noorlizaliza693. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram