KPM mohon maaf kesilapan pamer Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis SPM


  • Primer
  • Khamis, 24 Apr 2025

Kementerian Pendidikan berkata, kecuaian sedemikian tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang melambangkan keagungan dan kedaulatan negara.

KEMENTERIAN Pendidikan memohon maaf atas kesilapan mempamerkan Jalur Gemilang dalam Laporan Analisis Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diedarkan pada Khamis.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata, kecuaian sedemikian tidak boleh diterima kerana Jalur Gemilang melambangkan keagungan dan kedaulatan negara.

"Tindakan segera dan tegas telah diambil terhadap semua terlibat, dan siasatan terperinci sedang dijalankan. Laporan analisis bercetak telah diminta untuk dikembalikan, dan pembetulan segera sedang dibuat," katanya. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram