
SEORANG anggota bomba hampir maut selepas dihempap dinding rumah ketika memadam kebakaran di Dungun, Terengganu baru-baru ini.
Menerusi video tular di media sosial sejak Ahad, anggota bomba tersebut pada awalnya cuba memadamkan api yang sedang marak di dalam sebuah rumah.
Beberapa saat kemudian, struktuk dinding rumah itu jatuh dan menghempapnya sehingga dia terjatuh.
BACA LAGI: [VIDEO] Luluh hati ibu tengok CCTV anak 2 tahun menangis ditinggal bibik lari rumah
Dia bagaimanapun sempat menyelamatkan diri daripada bangunan yang runtuh itu.
Video itu secara tidak langsung mendapat perhatian dan simpati orang ramai apabila melihat tugas anggota bomba.
"Berat jugalah tanggungjawab dan bukan mudah tugas seorang anggota bomba, macamana keadaan dia sekarang," komen Pok JJ Fattah.
"Terima kasih wira kita, orang hebat," sokong Ahmad Mizi.
Setakat ini, belum ada kenyataan lanjut dikeluarkan pihak bomba berkenaan berhubung kejadian. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram