
MENTERI Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil mengingatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan hantaran mesej palsu berkaitan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang tersebar di aplikasi WhatsApp.
Beliau berkata, mesej dengan pautan palsu itu juga berkemungkinan disebarkan oleh pihak pengendalian pelaburan dalam talian yang tidak sah.
Katanya, tindakan menekan pautan tersebut juga boleh menyebabkan kehilangan akses ke aplikasi tersebut.
BACA LAGI: [VIDEO] Pak guard terpaksa tembak kaki lelaki agresif acu senjata tajam di Banting
BACA LAGI: [VIDEO] 'Dia langgar, dia marah', pemandu warga asing didakwa mabuk punca 2 maut di Bintulu
"Hati-hati dengan mesej yang tersebar dalam WhatsApp seperti ini. Jangan klik, ini pautan scammer.
"Jika anda klik, anda akan hilang akses ke aplikasi WhatsApp anda," katanya menerusi satu hantaran di Facebook pada Sabtu.
Beliau pada masa sama menasihatkan agar orang ramai merujuk laman sesawang rasmi kementerian berkenaan untuk mendapatkan maklumat sahih tentang sebarang bantuan kerajaan. — Majoriti
Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram