[VIDEO] Bala bergurau tak jumpa arah kiblat di Makkah, 'influencer' Indonesia terus jatuh sakit ketika tunai umrah


  • Benua
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan Mak Beti yang jatuh sakit selepas bergurau sedemikian di Tanah Suci.

SEORANG pempengaruh media sosial di Indonesia, Arif Muhammad atau lebih dikenali sebagai Mak Beti tular selepas menceritakan kisahnya jatuh sakit ketika menunaikan ibadah umrah.

Namun, sebelum itu, Mak Beti sempat memuat naik video berunsurkan gurauan sebaik tiba di hotelnya di Makkah.

Dalam video tersebut, dia kononnya mendakwa keliru untuk mencari arah kiblat untuk menunaikan solat.

BACA LAGI: Larangan MBDK menggaji pekerja asing sebagai pembantu gerai buka peluang warga tempatan dapat kerja

BACA LAGI: [VIDEO] Pura-pura nak beli, wanita warga emas licik curi beg duit pelanggan di Pasar Siti Khadijah

 

 

 

 

 

Dia pada masa sama merungut dengan penyusunan arah kiblat di hotel berkenaan.

"Saya pun keliru. Beginikah hotelnya? Jadi kalau saya nak solat, dan saya sakit, ke arah mana saya perlu solat?

"Anak panah kiblat pun tak ada. Boleh lihat di mana kiblatnya? Di Indonesia, setiap hotel ada anak panah kiblat," katanya sambil berseloroh dengan mencari tanda arah kiblat di dalam laci, almari dan meja.

Beberapa hari kemudian, dia memuat naik hantaran dan berkongsi tentang keadaan terkininya.

Dalam video berasingan, pempengaruh tersebut dilihat terbaring di atas katil sebuah hospital dalam keadaan lemah.

Berdasarkan perkongsian itu, dia dikatakan jatuh sakit dan mengalami gejala teruk seperti pening kepala, badan panas dan sejuk, menggigil, sesak nafas dan degupan jantung laju.

Dia juga dilaporkan sukar menelan dan tekak terasa pedih apabila batuk.

Menurutnya, ia seakan-akan teguran dan peringatan secara terus oleh ALLAH kerana tidak menjaga kata-kata ketika berada di Tanah Suci.

Keadaannya bagaimanapun dikatakan semakin pulih selepas mendapat rawatan.

Situasi itu secara tidak langsung menjadi pengajaran buat seluruh umat Islam yang sedang mengerjakan ibadah umrah atau haji di Makkah. — Agensi

Boleh follow media sosial Majoriti di Twitter, Facebook, Instagram, WhatsApp Channel dan Telegram