[VIDEO] 'Dia langgar, dia marah', pemandu warga asing didakwa mabuk punca 2 maut di Bintulu


  • 112
  • Sabtu, 19 Apr 2025

Tangkap layar video memaparkan situasi selepas kemalangan berlaku di Bintulu, Sarawak pada Jumaat.

SERAMAI empat mangsa terlibat dalam satu kemalangan berhampiran lampu isyarat di Paragon, Bintulu, Sarawak pada Jumaat. 

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, dua daripada empat mangsa maut manakala dua lagi cedera parah.

Katanya, kejadian berlaku melibatkan pemandu kereta jenis Toyota Hilux dipandu warga China yang merempuh belakang kereta Proton Saga dinaiki mangsa.

BACA LAGI: [VIDEO] Bala bergurau tak jumpa arah kiblat di Makkah, 'influencer' Indonesia terus jatuh sakit ketika tunai umrah

BACA LAGI: Larangan MBDK menggaji pekerja asing sebagai pembantu gerai buka peluang warga tempatan dapat kerja

Menurutnya, dua mangsa yang meninggal dunia adalah wanita berusia 34 dan 44 tahun akibat tersepit di tempat duduk belakang yang remuk.

"Selepas berjaya dikeluarkan, kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Dua mangsa yang cedera parah adalah lelaki berusia 24 tahun dan remaja perempuan warga Indonesia berusia 19 tahun, dengan kedua-duanya telah dihantar ke Hospital Bintulu," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu. 

Pemandu Hilux itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan. 

Kemalangan tersebut turut tular di media sosial apabila pemandu terbabit didakwa memandu dalam keadaan dipengaruhi alkohol.

Dalam video tersebut, pemandu berkenaan dilihat memarahi beberapa orang awam yang berada di lokasi kejadian.

"Dia yang langgar, dia yang marah?' komen Biatrice Wn.

"Tak patut kalau tiada tindakan tegas undang-undang terhadap pemandu mabuk ini yang sampai menyebabkan kematian," gesa Sylvester Clement. Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram